Selasa, 26 Oktober 2010

Hubungan Anak dan Orang Tua dalam Keluarga Islam

M. Rizal Ismail (bahan khutbah)

Ketika orang tua masih hidup anak sebagai penenang dan sewaktu ia pulang ke rahmatullah anak sebagai pelanjut dan lambang keabadian. Anak mewarisi tanda-tanda kesamaan orang tua termasuk juga ciri-ciri khas baik mahupun buruk tinggi mahupun rendah. Dia adl belahan jantungnya dan potongan dari hatinya. Justru itu Allah mengharamkan zina dan mewajibkan kahwin demi melindungi nasab sehingga air tidak tercampur anak boleh dikenal siapa ayahnya dan ayah pun dapat dikenal siapa anaknya. Dengan perkahwinan seorang isteri menjadi hak milik khusus suami dan dia dilarang berkhianat kepada suami atau menyiram tanamannya dgn air orang lain. Oleh kerana itu tiap anak yg dilahirkan dari tempat tidur suami mutlak menjadi anak suami itu tanpa memerlukan pengakuan atau pengumuman dari seorang ayah; atau pengakuan dari seorang ibu sebab tiap anak adl milik yg seranjang. Begitulah menurut apa yg dikatakan oleh Rasulullah s. a. w.

Ayah Tidak Boleh Mengingkari Nasab Anaknya

Dari sini seorang suami tidak boleh mengingkari anak yg dilahirkan oleh isterinya yg seranjang dgn dia dalam perkahwinan yg sah. Pengingkaran seorang suami terhadap nasab anaknya akan membawa bahaya yg besar dan suatu aib yg sangat jelek baik terhadap isteri mahupun terhadap anaknya itu sendiri. Justru itu seorang suami tidak boleh mengingkari anaknya kerana suatu keraguan atau dugaan atau kerana ada berita tidak baik yg mendatang. Adapun apabila seorang isteri mengkhianati suami dgn beberapa bukti yg dapat dikumpulkan dan beberapa tanda yg tidak dapat ditolak maka syariat Islam tidak membiarkan seorang ayah harus memelihara seorang anak yg menurut keyakinannya bukan anaknya sendiri; dan memberikan waris kepada anak yg menurut keyakinannya tidak berhak menerimanya; atau paling tidak anak yg selalu diragukan identitasnya sepanjang hidup. Untuk memecahkan problem ini Islam membuat jalan ke luar yg dalam ilmu fiqih dikenal dgn nama li’an. Maka barangsiapa yakin atau menuduh bahawa isterinya telah membasahi ranjangnya dgn air orang lain kemudian si isteri itu melahirkan seorang anak padahal tidak ada bukti yg tegas maka waktu itu suami boleh mengajukan ke pengadilan kemudian pengadilan mengadakan mula’anah antara kedua belah pihak yg penjelasannya sebagaimana diterangkan dalam al-Quran: “Para suami yg menuduh isterinya padahal mereka tidak mempunyai saksi melainkan dirinya sendiri maka kesaksian tiap orang dari mereka ialah empat kali kesaksian dgn nama Allah bahawa ia termasuk orang-orang yg benar. Sedang yg kelimanya ialah bahawa laknat Allah akan menimpa kepadanya jika dia termasuk orang-orang yg berdusta. Dan dihilangkan dari perempuan itu siksaan lantaran dia bersaksi empat kali kesaksian dgn nama Allah bahawa dia termasuk orang-orang yg berdusta. Sedang yg kelimanya: bahawa murka Allah akan menimpa kepadanya jika dia itu termasuk orang-orang yg benar. ” Sesudah itu keduanya diceraikan utk selama-lamanya dan anaknya ikut kepada ibunya.

Mengambil Anak Angkat Hukumnya Haram dalam Islam

Kalau seorang ayah sudah tidak dibolehkan memungkiri nasab anak yg dilahirkan di tempat tidurnya maka begitu juga dia tidak dibenarkan mengambil anak yg bukan berasal dari keturunannya sendiri. Orang-orang Arab di masa jahiliah dan begitu juga bangsa-bangsa lainnya ramai yg menisbatkan orang lain dgn nasabnya dgn sesukanya dgn jalan mengambil anak angkat. Seorang laki-laki boleh memilih anak-anak kecil utk dijadikan anak kemudian diproklamirkan. Maka si anak tersebut menjadi satu dgn anak-anaknya sendiri dan satu keluarga sama-sama senang dan sama-sama susah dan mempunyai hak yg sama. Mengangkat seorang anak seperti ini sedikitpun tidak dilarang kendati si anak yg diangkat itu jelas-jelas mempunyai ayah dan nasabnya pun sudah dikenal. Islam datang sedang masalah pengangkatan anak ini tersebar luas di masyarakat Arab sehingga Nabi Muhammad sendiri mengangkat seorang anak iaitu Zaid bin Haritsah sejak zaman jahiliah. Zaid waktu itu seorang anak muda yg ditawan sejak kecil dalam salah satu penyerbuan jahiliah yg kemudian dibeli oleh Hakim bin Hizam utk diberikan bibinya yg bernama Khadijah dan selanjutnya diberikan oleh Khadijah kepada Nabi Muhammad s. a. w. sesudah beliau kahwin dgn dia. Setelah ayah dan pamannya mengetahui tempatnya kemudian mereka minta kepada Nabi tetapi oleh Nabi disuruh memilih. Namun Zaid lbh senang memilih Nabi sebagai ayah daripada ayah dan pamannya sendiri. Lantas oleh Nabi dimerdekakan dan diangkatnya sebagai anaknya sendiri dan disaksikan oleh orang ramai. Sejak itu Zaid dikenal dgn nama Zaid bin Muhammad dan dia termasuk pertama kali bekas hamba yg memeluk Islam.

Bagaimana Pandangan Islam Terhadap Peraturan Jahiliah Ini?

Islam berpendapat secara positif bahawa pengangkatan anak adl suatu pemalsuan terhadap realita suatu pemalsuan yg menjadikan seseorang terasing dari lingkungan keluarganya. Dia dapat bergaul bebas dgn perempuan keluarga baru itu dgn dalih sebagai mahram padahal hakikatnya mereka itu samasekali orang asing. Isteri dari ayah yg memungut bukan ibunya sendiri begitu juga anak perempuannya saudara perempuannya atau bibinya. Dia sendiri sebenarnya orang asing dari semuanya itu. Anak angkat ini dapat menerima waris dan menghalangi keluarga dekat asli yg mestinya berhak menerima. Oleh kerana itu tidak sedikit keluarga yg sebenarnya merasa dengki terhadap orang baru yg bukan dari kalangan mereka ini yg merampas hak milik mereka dan menghalang pusaka yg telah menjadi harapannya. Kedengkian ini banyak sekali membangkitkan hal-hal yg tidak baik dapat menyalakan api fitnah dan memutus famili dan kekeluargaan.

Justru itu al-Quran menghapus aturan jahiliah ini dan diharamkan utk selama-lamanya serta dihapusnya seluruh pengaruh-pengaruhnya. Firman Allah: “Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu itu sebagai anak-anakmu sendiri yg demikian itu adl omongan-omonganmu dgn mulut-mulutmu sedang Allah berkata dgn benar dan Dialah yg menunjukkan ke jalan yg lurus. Panggillah mereka itu dgn bapa-bapa mereka sebab dia itu lbh lurus di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka maka mereka itu adl saudaramu seagama dan kawan-kawanmu. ” Baiklah kita renungkan ungkapan al-Quran yg bersih ini iaitu kalimat: “Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu itu sebagai anak-anakmu sendiri yg demikian itu adl omongan-omonganmu dgn mulut-mulutmu. ” Kalimat ini memberi pengertian bahawa pengakuan anak angkat itu hanya omongan kosong di belakangnya tidak ada realita sedikitpun. Perkataan lidah tidak dapat mengganti kenyataan dan tidak dapat mengubah realita tidak dapat menjadikan orang luar sebagai kerabat dan orang asing sebagai pokok nasab dan tidak pula anak angkat sebagai anak betul-betul. Perkataan mulut tidak dapat mengalirkan darah ke dalam urat dan tidak dapat membentuk perasaan kebapaan ke dalam hati seseorang dan tidak pula mengalir dalam kalbu anak angkat jiwa kehalusan sebagai anak betul; dia tidak dapat mewarisi keistimewaan-keistimewaan khusus dari ayah angkatnya dan ciri-ciri keluarga baik jasmaniah intelek mahupun kejiwaannya. Islam telah menghapuskan seluruh pengaruh yg ditimbulkan oleh aturan ini misalnya tentang warisan dan dilarangnya kahwin dgn bekas isteri anak angkat. Dalam masalah warisan kerana tidak ada hubungan darah perkahwinan dan kerabat yg sebenarnya maka oleh al-Quran hal itu samasekali tidak bernilai dan tidak menjadi penyebab mendapat warisan. Bahkan al-Quran mengatakan: “Keluarga sebahagian mereka lbh berhak terhadap sebahagian menurut kitabullah. ” Dan dalam hal perkahwinan al-Quran telah mengumandangkan bahawa di antara perempuan-perempuan yg haram dikahwin ialah bekas isteri anak betul-betul bukan bekas isteri anak angkat. Firman Allah: “Dan bekas isteri-isteri anakmu yg berasal dari tulang rusukmu sendiri. ” Oleh kerana itu seseorang dibenarkan kahwin dgn bekas isteri anak angkatnya kerana perempuan tersebut pada hakikatnya adl bekas isteri orang lain. Justru itu tidak salah kalau dia mengawininya apabila telah dicerai oleh suaminya.

Lembaga Anak Angkat Dihapus dgn Praktik Setelah Dihapusnya dgn Perkataan

Persoalan ini tidak begitu mudah sebab masalah anak angkat sudah menjadi aturan masyarakat dan berakar dalam kehidupan bangsa Arab. Oleh kerana itu dalam kebijaksanaan Allah utk menghapus dan memusnahkan pengaruh-pengaruh perlembagaan ini tidak cukup dgn omongan saja bahkan dihapusnya dgn omongan dan sekaligus dgn praktik. Hikmah kebijaksanaan Allah dalam persoalan ini telah memilih Rasulullah s. a. w. sebagai pelakunya utk menghilangkan tiap keragu-raguan dan demi menolak tiap keberatan orang mu’min tentang dibolehkannya mengawini bekas isteri anak-anak angkatnya; dan supaya mereka yakin bahawa apa yg disebut halal iaitu semua yg dihalalkan Allah; dan apa yg disebut haram iaitu semua yg diharamkan Allah. Zaid bin Haritsah yg kita kenal sebagai Zaid bin Muhammad telah dikahwinkan dgn Zainab binti Jahsy sepupu Nabi sendiri. Tetapi kerana kehidupan mereka berdua selalu goncang dan Zaid sendiri sudah banyak mengadu kepada Nabi tentang keadaan isterinya sedang Nabi sendiri juga mengetahui keinginan Zaid utk mencerainya dan dgn wahyu Allah Zainab akan dikahwin oleh Nabi tetapi kelemahan manusia tempoh-tempoh sangat mempengaruhi maka Nabi takut bertemu dengn orang ramai. Oleh kerana itu dia katakan kepada Zaid: “Tahanlah isterimu itu dan takutlah kepada Allah!” Di sinilah ayat al-Quran kemudian turun utk menegur sikap Nabi. Dan seketika itu beliau menyingsingkan lengan bajunya utk tampil ke tengah-tengah masyarakat guna menghapus sisa-sisa aturan kuno dan tradisi yg sudah usang yg mengharamkan seseorang mengawini bekas isteri anak angkatnya yg pada hakikatnya dia adl orang asing itu. Maka berfirmanlah Allah: “Dan ketika engkau berkata kepada orang yg telah diberi ni’mat oleh Allah dan engkau juga telah memberi keni’matan kepadanya : ‘tahanlah untukmu isterimu dan takutlah kepada Allah’ dan engkau menyembunyikan dalam hatimu apa yg Allah tampakkan dan engkau takut manusia padahal Allahlah yg lbh berhak engkau takutinya. Maka tatkala Zaid memutuskan utk mencerai Zainab kami kahwinkan engkau dgn dia supaya tidak menjadi beban bagi orang-orang mu’min tentang bolehnya mengawini bekas isteri anak-anak angkatnya apabila mereka itu telah memutuskan mencerainya dan keputusan Allah pasti terlaksana. ” Kemudian al-Quran meneruskan utk melindungi pribadi Nabi Muhammad s. a. w. dalam perbuatan ini dan memperkuat perkenannya serta menghilangkan anggapan dosa kerana perbuatannya itu. Maka berkatalah al-Quran: “Tidak boleh ada keberatan atas diri Nabi dalam hal yg telah diwajibkan oleh Allah kepadanya menurut sunnatullah pada orang-orang yg telah lalu sebelumnya sebab perintah Allah itu suatu ketentuan yg telah ditentukan orang-orang yg menyampaikan suruhan Allah dan mereka takut kepadaNya dan tidak takut kepada siapapun kecuali kepada Allah; dan kiranya cukuplah Allah sebagai pengira. Tidaklah Muhammad itu ayah bagi seseorang dari laki-laki kamu tetapi dia adl utusan Allah dan penutup bagi sekalian Nabi dan Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. ”

Mengangkat Anak dgn Arti Mendidik dan Memelihara Begitulah pengangkatan anak yg dihapus oleh Islam; iaitu seorang menisbatkan anak kepada dirinya padahal dia tahu bahwa dia itu anak orang lain. Anak tersebut dinisbatkan kepada dirinya dan keluarganya dan baginya berlaku seluruh hukum misalnya: bebas bergaul menjadi mahram haram dikahwin dan berhak mendapat waris. Di sini ada semacam pengangkatan anak yg diakui oleh beberapa orang tetapi pada hakikatnya bukan pengangkatan anak yg diharamkan oleh Islam. iaitu seorang ayah memungut seorang anak kecil yatim atau mendapat di jalan kemudian dijadikan sebagai anaknya sendiri baik tentang kasihnya pemeliharaannya mahupun pendidikannya; diasuh dia diberinya makan diberinya pakaian diajar dan diajak bergaul seperti anaknya sendiri. Tetapi bezanya dia tidak menasabkan pada dirinya dan tidak diperlakukan padanya hukum-hukum anak seperti tersebut di atas. Ini suatu cara yg terpuji dalam pandangan agama Allah siapa yg mengerjakannya akan beroleh pahala kelak di sorga. Seperti yg dikatakan sendiri oleh Rasululfah s. a. w. dalam hadisnya: “Saya akan bersama orang yg menanggung anak yatim seperti ini sambil ia menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan ia renggangkan antara keduanya.

Laqith sama dgn anak yatim.

Tetapi utk anak seperti ini lbh patut dinamakan Ibnu Sabil yg oleh Islam kita dianjurkan utk memeliharanya. Apabila seseorang yg memungutnya itu tidak mempunyai keluarga kemudian dia bermaksud akan memberikan hartanya itu kepada anak pungutnya tersebut maka dia dapat menyalurkan melalui cara hibah sewaktu dia masih hidup atau dgn jalan wasiat dalam batas sepertiga pusaka sebelum meninggal dunia.


Penanaman Buatan

Kalau Islam telah melindungi keturunan iaitu dgn mengharamkan zina dan pengangkatan anak sehingga dgn demikian situasi keluarga selalu bersih dari anasir-anasir asing maka utk itu Islam juga mengharamkan apa yg disebut penanaman buatan apabila ternyata penanaman itu bukan sperma suami. Bahkan situasi demikian seperti kata Syekh Syaltut suatu perbuatan zina dalam satu waktu sebab intinya adl satu dan hasilnya satu juga iaitu meletakkan air laki-laki lain dgn suatu kesengajaan pada ladang yg tidak ada ikatan perkahwinan secara syara’ yg dilindungi hukum naluri dan syariat agama. Andaikata tidak ada pembatasan-pembatasan dalam masalah bentuk pelanggaran hukum niscaya penanaman ini dapat dihukumi berzina yg oleh syariat Allah telah diberinya pembatasan; dan kitab-kitab agama akan menurunkan ayat tentang itu. Apabila penanaman yg dilakukan itu bukan air suami maka tidak diragukan lagi adl suatu kejahatan yg sangat buruk sekali dan suatu perbuatan mungkar yg lbh hebat daripada pengangkatan anak. Sebab anak cangkokan dapat menghimpun antara pengangkatan anak iaitu memasukkan unsur asing ke dalam nasab dan antara perbuatan jahat yg lain berupa perbuatan zina dalam satu waktu yg justru ditentang oleh syara’ dan undang-undang dan ditentang pula oleh kemanusiaan yg tinggi dan akan meluncur ke derajat binatang yg tidak berperikemanusiaan dgn adanya ikatan kemasyarakatan yg mulia

Menisbatkan Anak Kepada Selain Ayahnya Sendiri Menyebabkan Laknat

Sebagaimana Islam telah mengharamkan seseorang ayah mengingkari anaknya tanpa suatu alasan yg dapat dibenarkan maka begitu juga Islam tidak membenarkan seorang anak menyandarkan nasabnya kepada orang lain; dan dipanggil bukan dgn panggilan ayahnya sendiri. Nabi menilai perbuatan tersebut sebagai kemungkaran yg menyebabkan laknat dari Allah dan manusia. Hal ini telah diriwayatkan dari atas mimbar oleh Ali r. a. dari suatu lembaran yg ada padanya dari Rasulullah s. a. w. ia bersabda: “Barangsiapa mengaku ayah bukan ayahnya sendiri atau membangsakan dirinya kepada keluarga lain maka dia akan mendapat laknat Allah Malaikat dan manusia semuanyaAllah tidak akan menerima daripadanya nanti di hari kiamat taubat mahupun tebusan. ” Dan dari Saad bin Abu Waqqash dari Rasulullah s. a. w. ia bersabda: “Barangsiapa mengaku ayah bukan ayahnya sendiri sedang dia tahu bahawa dia itu bukan ayahnya maka sorga tidak mahu menerima dia. ”

Jangan Membunuh Anak

Sesudah Islam melindungi masalah nasab dgn cara demikian kemudian Islam juga menetapkan utk anak dan orang tua masing-masing mempunyai hak sesuai dgn kedudukannya sebagai orang tua dan anak. Di samping itu Islam juga mengharamkan beberapa hal kepada mereka masing-masing demi melindungi dan menjaga hak-hak tersebut. Anak mempunyai hak hidup. Ayah dan ibu tidak boleh merenggut hidupnya si anak baik dgn membunuh ataupun dgn menanam hidup-hidup sebagaimana yg biasa dilakukan orang-orang Arab di zaman jahiliah. Ketentuan ini berlaku utk anak laki-laki mahupun wanita. Firman Allah: “Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan Kamilah yg akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar. ” “Dan apabila diperiksa anak perempuan yg ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh?” kerana dorongan utk berbuat yg mungkar ini ada kalanya soal ekonomi misainya kerana takut kelaparan dan kemiskinan atau alasan non-ekonomis misalnya kaiena takut tercela kalau si anak itu kebetulan perempuan maka Islam mengharamkan perbuatan biadab ini dgn sangat keras sekali. Sebab perbuatan seperti itu dapat memutuskan kekeluargaan dan menyebabkan permusuhan. Untuk masalah ini Rasulullah s. a. w. pernah ditanya: dosa apakah yg teramat besar? Jawab Nabi: iaitu engkau menyekutukan Allah padahal Dialah yg menjadikan kamu. Kemudian apa lagi? Maka jawabnya: iaitu engkau bunuh anakmu lantaran kamu takut dia makan bersamamu. . Rasulullah s. a. w. pernah juga membai’at orang-orang perempuan sebagaimana halnya ia membai’at orang laki-laki; iaitu dgn melarangnya perbuatan jahat tersebut dan supaya dihentikan. Bai’at tersebut berbunyi demikian: “Hendaknya mereka tidak menyekutukan Allah sedikitpun dan tidak mencuri dan tidak berzina dan tidak membunuh anak-anak mereka. ” Dan di antara hak anak yg harus ditunaikan oleh ayahnya ialah memberikan nama yg baik. Seorang ayah tidak boleh memberi nama anaknya dgn nama yg dapat mengganggu perasaan anak apabila dia sudah cukup dewasa. Dan diharamkan memberi nama anaknya dgn Hamba Lain Allah misalnya: Abdun Nabi Abdul Masih dan sebagainya. Di samping itu anak juga mempunyai hak perlindungan pendidikan dan nafkah yg samasekali tidak boleh diabaikan. Sabda Nabi: “Tiap-tiap kamu adl pemimpin dan tiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang yg dipimpinnya itu. ” “Cukup berdosa seseorang yg mengabaikan orang yg menjadi tanggungannya. ” “Sesungguhnya Allah akan minta pertanggungjawaban kepada tiap pemimpin terhadap yg dipimpinnya apakah dia itu memperhatikan ataukah mengabaikan sampai pun Ia akan minta pertanggungjawaban kepada seorang laki-laki tentang keluarga rumahnya. ”

Persamaan dalam Pemberian Kepada Anak-anak

Seorang ayah harus menyamakan antara anak-anaknya dalam pemberian sehingga dgn demikian mereka akan berbuat baik kepada ayah dgn lama. Di samping itu seorang ayah dilarang mengistimewakan pemberiannya kepada salah seorang di antara mereka tanpa ada suatu kepentingan yg sangat sebab yg demikian itu akan menjengkelkan hati yg lain dan akan mengobarkan api permusuhan dan kebencian sesama mereka. Ibu dalam hal ini sama dgn ayah. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda sebagai berikut: “Berlaku adillah kamu terhadap anak-anakmu. ” 3 kali.

Kisah timbulnya hadis ini adl sebagai berikut: Isteri Basyir bin Saad al-Ansari meminta kepada suaminya supaya memberikan harta dgn istimewa kepada anaknya yg bernama Nu’man -berupa kebun dan hamba- dan ia bermaksud akan mengkukuhkan hibah ini dan ia minta kepada Basyir supaya disaksikan oleh Nabi s. a. w. Kemudian pergilah Basyir kepada Nabi dan berkata: “Ya Rasulullah! Anak perempuan si fulan minta kepadaku supaya aku memberikan hambaku kepada anaknya. Kemudian Nabi bertanya: Apakah dia mempunyai saudara? Ia menjawab: Ya. Nabi bertanya lagi: Apakah semuanya kamu beri seperti apa yg kamu berikan kepadanya? Ia menjawab: Tidak! Kemudian Nabi bersabda: Yang demikian ini tidak baik dan saya sendiri tidak akan mahu menjadi saksi kecuali pada hal yg baik. ” Dalam satu riwayat dikatakan oleh Nabi: “Jangan kamu jadikan aku utk menyaksikan sesuatu dosa. Sesungguhnya anakmu mempunyai hak yg harus kamu tunaikan iaitu hendaknya kamu berlaku adil di antara mereka; sebagaimana kamu mempunyai hak yg harus ditunaikan oleh anak-anakmu iaitu hendaknya mereka itu berbuat baik kepadamu. ” Dan dikatakan pula oleh Nabi: “Takutlah kepada Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ” Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa melebihkan itu diperbolehkan jika ada sebab misalnya si anak sangat memerlukan kerana suatu kesengsaraan dan sebagainya yg tidak diderita oleh saudara-saudaranya yg lain

Menegakkan Hukum Waris dalam Batas Ketentuan Allah

Termasuk ketentuan seperti tersebut di atas ialah dalam hal warisan. Seorang ayah tidak dibenarkan menghalangi warisan utk sebahagian anaknya. Dia tidak dibenarkan menghalangi waris utk anak-anaknya yg perempuan atau menghalang waris utk anak-isterinya yg tidak berada di sampingnya. Begitu juga seorang kerabat tidak boleh menghalangi kerabatnya yg berhak mendapat waris dgn suatu policy yg dibuat-buat. Sebab masalah warisan adl suatu undang-undang yg telah ditetapkan Allah dgn segala pengetahuannya keadilannya dan kebijaksanaannya. Ia akan memberikan haknya masing-masing dan Ia perintahkan kepada segenap manusia utk melaksanakannya menurut garis-garis yg telah ditentukan. Oleh kerana itu barangsiapa menyalahi aturan ini baik dalam pembahagiannya mahupun batas-Batas ketentuannya sama dgn menuduh jahat kepada Allah. Persoalan waris ini telah disebutkan Allah dalam tiga ayat; yg pada penutup ayat pertama Allah berfirman sebagai berikut: “Ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka itu yg lbh dekat manfaatnya buat kamu. adl satu ketentuan dari Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. ” Dan pada akhir ayat kedua Ia berfirman: “ tidak akan menyusahkan. Sebab sudah menjadi satu ketentuan dari Allah sedang Allah Maha Mengetahui dan Maha Sabar. Demikian itu adl ketentuan-ketentuan Allah. Oleh kerana itu barangsiapa taat kepada Allah dan rasulNya maka Ia akan memasukkannya ke dalam sorga-sorga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai mereka akan kekal abadi di dalamnya; dan yg demikian itu adl kebagiaan yg sangat besar. Dan barangsiapa durhaka kepada Allah dan RasulNya serta melanggar ketentuan-ketentuan Allah maka Ia akan memasukkannya ke dalam neraka yg kekal abadi di dalamnya dan dia akan mendapat siksaan yg sangat hina” Dan di akhir ayat ketiga Ia berfirman: “Allah menjelaskan kepadamu supaya kamu tidak sesat; dan Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. ” Justru itu barangsiapa yg menyalahi hukum Allah dalam masalah warisan ini berarti dia telah sesat dari jalan yg benar yg telah dijelaskan oleh Allah sendiri dan berarti pula dia melanggar ketentuan-ketentuan Allah Oleh kerananya tunggulah hukuman Allah iaitu: Neraka yg dia akan kekal di dalamnya dan dia akan beroleh siksaan yg sangat hina.

Durhaka Kepada Dua Orang Tua Dosa Besar

Kewajiban anak terhadap orang -tua iaitu berbuat baik taat dan menghormat. Ini sesuai dgn panggilan fitrah yg harus dipenuhi dgn sebaik-baiknya. Dan yg lbh hebat lagi ialah hak ibu sebab dialah yg paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung melahirkan menyusui dan mengasuh. Firman Allah Ta’ala: “Dan kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu-bapanya ibunya telah mengandung dia dgn susah-payah dan melahirkannya dgn susah-payah pula; mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan. ” Diriwayatkan: “Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi dan bertanya: Siapakah manusia yg lbh berhak saya kawani dgn baik? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ia menjawab: Ibumu! Dia bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ia menjawab: Ayahmu!” Nabi anggap durhaka kepada dua orang tua itu sebagai dosa besar sesudah syirik. Begitulah sebagaimana ungkapan al-Quran. Oleh kerana itu dalam hadisnya Nabi Muhammad s. a. w. bersabda: “Mahukah kamu saya terangkan sebesar-besar dosa besar -tiga kali. Mereka menjawab: Mahu ya Rasulullah! Maka bersabdalah Nabi iaitu: menyekutukan Allah durhaka kepada dua orang tua -waktu itu dia berdiri sambil bersandar kemudian duduk dan berkata: Ingatlah! Omongan dusta dan saksi dusta. ” “Ada tiga orang yg tidak akan masuk sorga: 1} orang yg durhaka kepada dua orang tua; 2} laki-laki yg tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarganya; 3} perempuan yg menyerupai laki-laki. ” “Semua dosa akan ditangguhkan Allah sampai nanti hari kiamat apa saja yg Dia kehendaki kecuali durhaka kepada dua orang tua maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan kepada pelakunya dalam hidupnya sebelum meninggal. ” Allah memperkuat pesannya utk berbuat baik kepada dua orang tua ini ketika kedua orang tua tersebut telah mencapai umur lanjut kekuatannya sudah mulai menurun mereka sudah mulai sangat memerlukan pertolongan dan dijaganya perasaannya yg mudah tersinggung itu. Dalam hal ini Allah berfirman sebagai berikut: “Tuhanmu telah memerintahkan hendaklah kamu tidak berbakti kecuali kepadaNya dan berbuat baik kepada dua orang tua jika salah satu di antara mereka atau keduanya sudah sampai umur tua dan berada dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu katakan kepada mereka itu kata-kata ‘uff’ dan jangan kamu bentak mereka tetapi katakanlah kepada mereka berdua kata-kata yg mulia. Dan rendahkanlah terhadap mereka berdua sayap kerendahan kerana kasih dan doakanlah kepada Tuhanmu: Ya Tuhanku! Berilah rahmat mereka itu sebagaimana mereka telah memeliharaku di waktu aku masih kecil. ” Beberapa atsar menyebutkan dalam mengiringi ayat-ayat ini dgn mengatakan: andaikata ada kalimat yg oleh Allah dipandang lbh rendah daripada uff niscaya Ia haramkan juga.

Menyebabkan Ibu-bapa Dicaci/maki Orang Termasuk Dosa Besar

Lebih dari itu bahawa Rasululiah s. a. w. tidak menjadikan gara-gara dicacinya dua orang tua hanya sekadar haram tetapi termasuk dosa besar. Rasulullah s. a. w. bersabda: “Sesungguhnya di antara sebesar-besar dosa besar ialah seseorang melaknat orang tuanya sendiri -kemudian para sahabat merasa hairan bagaimana mungkin seorang yg berakal dan beriman akan melaknat orang tuanya padahal mereka adl penyebab hidupnya. Kemudian mereka itu bertanya: bagaimana boleh jadi seseorang akan melaknat dua orang tuanya? Maka jawab Nabi: iaitu dia mencaci ayah orang lain kemudian orang tersebut mencaci ayahnya dan ia mencaci ibu orang lain kemudian orang tersebut mencaci ibunya. ” Kalau ini tidak boleh apalagi mencaci kedua orang tua di hadapannya sendiri.

Pergi ke Medan Jihad Tanpa Izin Orang Tua Tidak Boleh

Demi perhatian Islam terhadap kerelaan dua orang tua maka Islam tidak membenarkan seorang anak pergi ke medan jihad tanpa mendapat izin dua orang tua padahal fisabilillah mempunyai kedudukan yg sangat tinggi dalam Islam yg tidak dapat dibandingkan dgn sekadar sembahyang malam dan puasa di siang hari. Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash meriwayatkan: “Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi minta izin pergi berperang kemudian Nabi bertanya: Apakah kedua orang tuamu masih hidup? Ia menjawab: Masih. Maka sabda Nabi: Berjuanglah utk kedua orang tuamu itu. ” - Yakni jadikanlah medan jihadmu itu dgn jalan berbuat baik dan melindungi kedua orang tuamu. Dalam satu riwayat dikatakan: “Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi s. a. w. kemudian berkata: aku telah berbai’at kepadamu utk pergi hijrah dan berperang demi mencari pahala dari Allah. Lantas Nabi bertanya: Apakah salah satu dari kedua orang tuamu itu masih hidup? Ia menjawab: Betul bahkan kedua-duanya masih hidup. Kemudian Nabi bertanya lagi: Apa betul kamu mencari pahala Allah? Ia menjawab: Betul! Maka jawab Nabi: Pulanglah temui kedua orang tuamu itu kemudian berbuat baiklah dalam bergaul dgn keduanya. ” Dan diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash juga ia berkata: “Ada seorang laki-laki datang kepada Nabi kemudian berkata: saya datang berbai’at kepadamu utk berhijrah tetapi saya tinggalkan kedua orang tuaku dgn menangis Maka jawab Nabi: Pulanglah dan perbuatlah kedua orang tuamu itu ketawa sebagaimana kamu perbuat mereka menangis. ” Abu Said meriwayatkan: “Ada seorang laki-laki dari Yaman pergi ke tempat Nabi s. a. w. Lantas Nabi bertanya: Apakah kamu masih mempunyai salah seorang keluarga di Yaman? Ia menjawab: Ya dua orang tua saya. Nabi bertanya lagi: Apakah keduanya itu telah memberi izin kepadamu? Ia menjawab: Tidak! Kemudian Nabi bersabda: Pulanglah dan minta izinlah kepada keduanya kalau mereka itu memberi izin maka pergilah berperang dan jika tidak maka berbuat baiklah kepada keduanya. ”

Dua Orang Tua yg Musyrik

Seindah-indah ajaran yg dibawa oleh Islam dalam hal bergaul dgn dua orang tua di antaranya ialah Islam melarang berdurhaka kepada dua orang tua sekalipun mereka itu musyrik bahkan kendati mereka itu sungguh-sungguh dalam kemusyrikannya. Mereka mengajak kepada anaknya utk berbuat syirik dgn seluruh usaha dan perjuangan supaya anaknya pindah agama. Dalam hal ini Allah telah berfirman sebagai berikut: “Hendaklah kamu bersyukur kepadaku dan kepada dua orang tuamu; kepadakulah tempat kembali. Dan jika mereka itu bersungguh-sungguh mempengaruhimu supaya kamu menyekutukan Aku dgn sesuatu yg kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang itu maka janganlah kamu turut mereka itu tetapi berkawanlah dgn mereka di dunia ini dgn cara yg baik; dan ikutilah jalan orang yg taubat kepadaku; kemudian kepadakulah tempat kembalimu maka akan kujelaskan kepadamu apa-apa yg telah kamu kerjakan. ” Setiap muslim diperintah dalam kedua ayat ini agar tidak mahu menuruti kedua orang tua terhadap apa yg mereka usahakan dan mereka perintahkannya -dalam hal kedurhakaan- sebab sedikitpun kita tidak boleh menurut manusia dalam hal durhaka kepada Allah. Adakah maksiat yg lbh besar selain syirik? Namun si anak tetap diperintah supaya bergaul dgn orang tuanya itu dgn sebaik-baiknya dgn syarat tidak akan mempengaruhi kejernihan imannya. Bahkan si anak dianjurkan supaya mengikuti orang-orang mu’min yg baik-baik yg mahu taubat kepada Allah. Si anak harus menyerahkan keputusannya itu kepada Allah yg maha teguh hukumnya kelak di hari di mana seorang ayah tidak akan dihukum lantaran perbuatan anaknya begitu juga si anak tidak akan dihukum lantaran perbuatan ayahnya. Inilah puncak toleransi yg tidak dapat dicapai oleh agama apapun selain Islam

0 komentar:

Posting Komentar