Senin, 20 September 2010

Amalan Doa dan hikmah Wudhu'

M. Rizal Ismail (bahan khutbah dari Imam Al-Ghazali, "Ihya Ulumuddin")

Banyak di antara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai
hikmahnya yang tersendiri.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini "
Penjelasan : Keseharian Kita bercakap ttg berbagai hal yang tak Berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya ditangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiriku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindungilah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu"
Penjelasan : Panas di Padang Masyar dengan metafora matahari sejengkal
diatas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah
dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Keseharian kita mendengar orang mengumpat, memfitnah,
mendengar
lagu2 berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkan-lah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu. Dengan,"Ya Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat
maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Semoga renungan ini dapat bermanfaat untuk kita semua
( amien )

0 komentar:

Poskan Komentar